Artis Baru Terbaik Anugerah Industri Muzik

Artis Baru Terbaik adalah salah satu kategori penting diberikan menerusi Anugerah Industri Muzik di mana berbentuk trofi mikrofon yang diberikan kepada penyanyi rakaman lelaki, wanita mahupun berkumpulan yang menerbitkan lagu dan album di dalam radar industri rakaman muzik Malaysia pada tahun debut penampilan. Ia diberikan secara konsisten sejak mula diperkenal dan dianjurkan oleh Recording Industry Malaysia (RIM) dan Persatuan Industri Muzik Malaysia (PAIMM). Anugerah ini asalnya dipecahkan kepada tiga kategori iaitu mengikut jantina Lelaki dan Wanita serta kategori Berkumpulan, namun pada tahun 1999 ketiga-tiga kategori ini disatukan.